Tuesday 23 April 2013

Da Memoriess

Assalalmualaikum dan salam sejahtera....

hai dah berhabuk dah blog aku ni x hapdate2 lagi...tiup skit ppuhhhh ppuuhhhh.....ish aku ni memang busy la skrg ni. sibuk ngn AR la, ngn RPH la, ngn ASSIGNMENT la....mcm2 lagi la...pening2....selagi x habis belajar ko jangan harap nak bersenang lenang la.

apa kabo semua??? harap semuanya sihat2 belako....jangan jadi cam aku ni ha semenjak dh hbis praktikum kali yang ke 3 in officiallynya badan aku makin2 la bertembun....hehe nk wat mcm mne kan?? tgh senang hati....urmmm apa2 pun sebenarnya semenjak aku ni berpraktikum di sekolah yang dikatakan amat feymesss di SPS. iaitu sekolah tuuutttt..... banyak pengalaman yang aku terima, ada yang pahit dan ada yang manis, bak kata org tuh yang pahit pun kene telan gak tapi yang manis tuh kalau telan xkan kekal pun selamanya, for me as a human being, let bygone be bygone....x kenal maka x cinta betul x?? so yang pahit tuh tetap gak nk jadi manis mcm honey madu tuh.....ahaks :-p

bila 3 bulan aku kat skolah tuh macam2 kerenah yang aku terima, baik cikgu baik anak murid or praktikum mates, all is same for me. their have their own agenda actually. but 4 me, i must to sway the move to take it as a challenge. urmmmm so far dengan sibuk nk cat mural la, nk sediakan ABM la, nk jadi ahli jawatankuasa la, nak jadi juruletih bola sepak la, nk jadi juruletih bola baling la, juruletih nasyid la and so on. for my reflections is, take it all that things or u leave it....kang jadi plak macam latih kawad kaki skolah tuh....haa trus aku tinggalkan

CHAP!!!! SAYA NI BUKANNYA APA.....
(ustaz K et al 2013)

memori yang paling aku x boleh lupakan adalah disaat aku difitnah di sekolah tersebut.....aduiiiii mandai2 jek cikgu tuh buat fitnah ke atas diriku ini, tapi aku bersabar dengan di atas dugaan tersebut. kisah lain plak ada satu cikgu ni plak yang tau blog aku ni.....tapi dia hot jek bila aku post ttg bekas suami dia....ahaks apa la salah bekas suami dia tuh?? padahal blog aku gak jadi mangsa kekutukan dari dia tuh.....adoiiiiyaiii.... AKU X BERSALAH LA....

selain dari tuh gak sebenarnya bila aku tgk anak2 murid aku kadang2 aku kesian tgk diorg, bukannya apa, aku tgk diorg ni sebenarnya x tau apa2 pun bab2 kehidupan ni....but life must go on, dengan family diorg yang teruk2, kalau yang elok tuh elok jekkk manjang, tapi kalu yang teruk tuh bukannya teruk jek harukkk pun ada gak.....tapi bagi aku airmata xkan jatuh kalau budak2 ni x cerita ngn aku, sebenarnya ada nasib yang amat malang lagi dari hidup aku sebenarnya kadang2 sampai aku x terbayang. sampaikan aku sendiri bermonolog dalam diri ni, kenapa diorg jadi mcm ni?? apasal diorg ni mcm ni?? kenapa diorg hidup dalam keadaan mcm ni?? kenapa diorg susah sgt nk pandai?? thats all persoalan tuh only god knows. bila aku berfikir banyak kali aku tau bahawa ALLAH sengaja buat mcm tuh supaya manusia ni ada pelbagai watak dan kehidupan di dunia ni, seperti pelangi yang berwarna warni, samalah dengan kehidupan. ada mak ayah kerja pembawa lori, penjual nasi lemak, x kerja pun ada, yang keje kilang pun ada. bagi aku anak2 ni merupakan anak2 yang kuat , walaupun mereka dirundum masalah dari segi sosial sampai mereka sanggup jugak datang ke sekolah semata-mata untuk menagih ilmu kat situ, aku cuba buat yang terbaik dan itu lah hasilnya.

bila hari terakhir aku nak blah dari skolah jek x berapa ramai anak murid yang datang bagi hadiah kat aku, aku x mintak pun tuh semua tapi sekadar diorg seronok dengan aku dah cukup memberi aku kepuasan dan kebahagiaan. paling terasa adalah anak2 murid aku yang special ni, mereka seperti x rela jek aku pergi dari sekolah tuh tapi dalam keadaan yang memaksa.

secara keseluruhannya harap mereka ni tabah dalam menempuh kehidupan.....dan janji mereka pada aku ialah mereka nak jadi yang terbaik suatu hari nanti. Amin......












Bila aku tengok diorg aku yakin mereka ada harapan untuk berjaya suatu hari nanti.....aku yakin!!!!

 



Monday 25 March 2013

Kawin la kawin kawin...eh...

Selamat pengantin baru (Saloma)

hypeee salam sejahtera....hehehehe hari ni aku ada tajuk yang nk dibincangkan.....urmmmmm selama aku mengaji di IPT selama hampir 6 tahun ni aku lihat dah makin ramai dah sibu-sibuk dan busy-busy nk kawin, semuanya kawan2 yang aku kenali dan x kenali. bila dah semeeter tujuh ni ataupun dah jadi super duper senior ni aku lihat secara keseluruhannyala ramai yang dh kawin awal, urmmmm sebenarnya kalau dilihatkan dari segi melihat pada zaman sekarang ni ada releven dan x relevennya kawin awal ni....ok yang relevennya ialah :

1. dapat anak awal, bila dh tua anak dah besar2 dh (kalau la anak tuh sumenya menjadi, kalau anak dh besar pun menyusahkan mak bapak, jadi penagihla, jadi perompak la, kongsi gelap la x guna gak)
2. ikut sunnah Rasulullah SAW.....urmmmm itu bagus....
3. merancang dengan awal (family planning la bak kat p ramlee tuh)

secara lahiriahnya mmg kita kawin awal ini mengikut sunnah Rasulullah SAW.....tetapi adakah relevennya untuk zaman ini. kalau contohnya kita ni kaya ataupun mempunyai duit yang cukup banyak, imannya cukup, zahir dan batin nya cukup insya ALLAH.....diwajibkan olehnya untuk berkahwin, tapi kalau zahirnya tidak ada tapi hanya batinnya sahaja yang ada X cukup syarat lagi untuk kawin tuhhhhh......so izinkan saya senaraikan x relevennya kawin awal pada kali ini.

1. xde duit lagi dh nk kawin (mcm mne nk tanggung anak bini) kawin ni nak kembangkan zuriat, kalau kawin pun tangguhkan zuriat sbb xde fulusss?? mcm mne tuh....salah tuh.....)
2. kawin sbbkan nafsu semata (x kisahlah mmg diwajibkan kawin kalau nafsu x thn tapi kalau ada duit nk tanggung di kemudian hari xpe gak)
3. kawin masa belajar (ikut pada mak bapak bagi pihak lelaki dan perempuan masing2 mcm mna nk setelkan bab2 kewangan ni, kalau mak bapak pun lepas tangan, nampaknya tambah lagi satu beban)
4. kawin sebab nk seronok jek sbb tgk org lain kawin dia pun nk kawin cepat (jangan cepat rasa cemburu bila tgk prg lain kawin cepat kau pun sibuk nk kawin cepat, seharusnya buat betul2 persediaan dahulu, mungkin org tuh dh bersedia)

sebenarnya ikut kepada pihak masing2 la nk kawin cepat atau x, kalau dh jodoh tuh sampai bolehla kawin, kalau jodoh tuh x sampai lagi jangan sibuk2 nak kawin jugak.

FOR MY OPINION LA....sebenarnya kawin ni terpulang kepada merekala ikut kemampuan sebenarnya tapi jangan ikut nafsu duit tarak pun x guna gak sbnrnya (mmg duit boleh dicari tapi dengan cara bagaimana duit itu dicari sama ada yang halal atau pun yang haram). kalau yang banyak duit yang kaya2 tuh nafsu pun x thn saya memang mempersilakan untuk kawin awal (pastikan sedia zahir dan batin dan ilmu yang cukup untuk berkawin).

so......ada la mulut mulut yang bau wangi pun ada bau busuk pun ada mengikut pengalaman aku waktu belajar ni (maaflah bukan ada nk bagi org tuh terasa atau apa2 sekadar motivasi diri dan org lain)

AL KISAH AL KAWINUN

kisah ni pakcik nk ceritakan la sorang ni tetiba dh kawin dah, dia ni kawin dengan seorang engineer yang bekerja di sebuah pengkalan minyak yang terkemuka. apabila dia ni sudah berkahwin, si mamat laki dia ni bagi la pakai kereta dia iaitu kereta yang mahal la hon** ci***. bermacam2 reaksi budak2 dari tempat aku blaja ni. ada yang kata positif dan ada yang kata negatif,ok kita amik yang positif dulu

POSITIVE PUNYA CITER

- eh beruntungnya dia dapat kawin ngn engineer kan???
- eh bestnya dia kawin laki dia bg ho*** ci***
- wahhhh laki dia mesti org kaya kan???
- pehhhh kalau aku la, aku pun nak jadi mcm dia gak dapat kawin ngn laki kaya

NEGATIF PUNYA CITER

- huuhhhhh ni mesti sebelum nak kawin ni memilih laki kaya jek la ni??
- ala kawin ngn engineer p*******, ko tau kalau dia pegi pengkalan tuh sumenya laki ko tau x?? so kalau dia nk ehem2 tuhhhh mmg ngn laki jela.

ini jela yang pakcik nak citer kan....sekian.......


 iklan kejap ek....hehehe


sebenarnya terpulanglah kepada mereka yang menilainya....mulut masing2....x perlulah nk menilai baik buruk org tuh tanpa usul periksa, apa yang menjadi bualan itu adalah satu kemungkinan ataupun satu kebetulan jek. yang penting percaya mempercayai adalah menjadi satu tunggak bagi diri kita dan kita pk yang positif suah selagi benda itu tidak menjadi bahan bukti ataupun kenyataan yang pasti. apa2 pun selamat menjalani perkahwinan yang abadi ek kepada pasangan yang menerima cerita ini.


dan kesimpulannya aku nk cakap la, ada baik dan buruknya kawin awal ni dan bukan semuanya manissssss......jek belaka umpama madu. yang penting persediaan dalam zahir mahupun batin mahupun ilmu rumahtangga harusla menjadi pegangan dalam hidup pasangan masing2. aku doakan semoga kalian berbahagia hingga ke syurga firdaussiiii......AUUUSSSSSS......



SELAMAT PENGANTIN BARUUU!!!!!!!!






Sunday 10 March 2013

Luahan rasa basi

Mestica (layar keinsafan)

Assalamualaikum dan salam sejahtera

urmmmmm kali ni aku nk luahkan skit perasaan aku yang caca marba ni. aku sendiri pun xtau la kenapa org tuh sanggup mereka-reka cerita yang x betul??? urmmmmmm ok la aku nk citer skrg ni, aku bukan apa, memangla menjadi satu dugaan kepada semua pembawa2 kereta sama ada dia bawak elok atau tidak, tapi ni nk habaq mai ni, ADA X DI KALANGAN SI LAHANAT NI YANG BUAT2 CERITA, CERITA FAKTANYA BAHAWA ANDA MEMBAWA KERETA DENGAN PENUH BERHEMAH TETAPI DIA BG TAU YANG ANDA BAWAK KERETA MACAM ORG GILA KAT ORG LAIN......ni first time la aku dengan kisah yang mcm ni dan kisah itu terkena pada diri aku sendiri, bukan aku nk memuji diri sendiri, nk bertego pun aku lagi boleh terima sbb kadang kala mmg bawak kete pun agak terumbang ambing lagi, tapi ini DIA SENDIRI YANG MEMBAWA CITER UNTUK KONONNYA AKU BUAT MCM TUH DAN DOK JAJA CITER TUH KAT ORG LAIN MCM CITER TUH BETUL.

bukan itu sahaja dia kata aku bawak kereta mcm org gila, ditambahnya lagi ada lori kontena dok park kat tepi jalan tuh dan aku bila masuk simpang skit lagi nk kene langgar.....WUT????? AKU TENGOK TADI BILA MASA DAN MANA ADA LORI KONTENA TUH TEPI JALAN, DAN X LOGIK GAK BOLEH LORI KONTENA TUH PARK KAT JALAN SEMPIT......

aku nak mintak maaf sangat2 kalau sekiranya aku pernah kaco ko sebelum ni (kalau la aku pernah kaco ko) tapi yang aku duk herannya sejak bila plak la timbul citer2 fitnah mcm ni, terang terangan plak tuh nk menipu.....

aku ambil mudah jek dalam hal ni dengan berserah kepada ALLAH,biarlah dia yg menentukan kerana org tuh sengaja menimbulkan aib padahal aib tuh xda dan x wujud pun dalam diri org yang tidak bersalah itu. tapi sengaja nk menjadi penyedap cerita dengan mewujudkan watak lori kontena tuh untuk menjadi penambah rasa seperti MSG dalam makanan apabila dimasak.

KEPADA ANDA SEMUA JANGANLAH JADI SEPERTI SI LAHANAT DAN LAHABAU NI. JANGAN MENGADA2 NAK JOLOK JUBO ORG TUH EK PADAHAL ORG TUH X WAT APA2 PUN KAT KO.

kalau keadaan yang mcm ni aku percaya la....tapi x tau la kalau SI LAHANAT tuh nk reka citer mcm mana plak kat org.....hahaha :-p





Friday 8 March 2013

Sibuk atau Penyibuk??

Assalamualaikum dan salam sejahtera....dan salam satu!!!!!!!! Malaysia!!!!!! satu!!!!!! Malaysia!!!!!

urmmm pada hari ni i want to share 4 all of u about what im thinking 2day....urmmm rasa macam satu benda yang x dpt nk bayangkan benda itu sesuatu yang take it as important message or not. ooohhh forget about that thinking....ok now i want to tell u something u can hold this responsibility.

secara jujurnya la....untuk apa sebenarnya kita sendiri yang dok sibuk menilai orang lain seperti kita ni as a perfectionist, looks like that shit kan??? urmmmmm kita ni cik akak cik abang...cuba fikir skit siapa kita ni, kita ni hebat sangat ke?? kalau org tuh x kisah la dia nk amik berat atau as a penyibuk atau sibuk2 nk ambil berat, take it as a positive....patutnya kita beruntung ada kawan jenis mcm tuh bukannya merungut. cuba kalau xde seorang kawan pun yang amik berat pasal hal kita, adakah baru nk sibuk2 cari org untuk sibuk nk org tuh ambil tahu hal kita, apa salahnya dia ambil berat example la dalam berchatting atau even hantar mesej wutever skalipun, layan jek mcm biasa kecuali....kecuali la ek....dia memang sengaja nk sakitkan hati kita, itu x boleh terima la kecuali kita ada sifat!!!!! HUSNUZZON!!!! ya bagus ya......

jadi jangan dok pk diri tuh hebat sgt sampai duk sibuk merapu kata.....apa dia mesej mengarut2 ni kata hi watpe tuh?? dh makan ke belum?? dh tido ke?? dan aduiii kenapalah dia suka dok kacau aku!!! aku tau la nk jaga diri sendiri..... (this statement is not to interfere anyone) ok please yek adik akak abg, balaslah walaupun hati tuh terasa berat.....sebab ada hikmahnya dia wat gitu, mungkin dia nk amik berat pasal hal kita, ataupun dia ada berkongsi masalah nk cakap ngn kita sebenarnya tapi dia mungkin malu nk tanya direct dulu.....jadi yang penting layan dulu, kalau dh menyimpang jauh dia punya cara layanan dia itu terpulang kepada anda untuk menilainya.....ok


sampai disini sahaja nooohhh....len kali nulih lagi.....bubuye!!!!!!!


Sunday 3 March 2013

HOI HAI!!!!!

Hahahahah selamat pagi kepada semua yang berkenaan....hari ni tanggal 3hb 3 2013.....ho hoi.....hari yang amat cantik sekali di situ mace shitttt jek. yaaaaaa dah lama2 bebenor dh aku x post kat wall ni walaupun aku busy dengan berpraktikum di SK Tuuuutttt.......

maaf la aku hari ni x berloghat dalam Bahasa Inggeris....x macam org tuuuuhhhh kalau post mesti nk cakap BI.....bajet hebat sangat la tuhh!!!!!! padahal org KAMPUNG jek pun!!!!!!!!!!!!!!!!! hahahaha ok la xnk kutuk2 k mendatangkan dosa yang FREE jek....hehehehehe

urmmmmm hari ni juga aku mulakan tugas aku sebagai penulis blog yang seterusnya

ho ho aku nak perkenalkan segmen yang terbaru pada korg bagi tahun 2013 ni....disebabkan badan aku yang dah semakin membulat ni dengan ini aku merasmikan segmen MAKAN DI MANA?????.....

p/s
 ALHAMDULILLAH......yeaaaaaa elaun dh masuk!!!!! JANGAN LEPASKAN PELUANG!!!!! untuk mencuba alat penjimat minyak yang baru!!!! pasti anda akan puas hati!!!!!! (quote PEEKK)