Sunday 25 March 2012

Al Giant...

hoho hai hai kepada semua....apa kabar??harap2 sumenya sihat la ek,hari ni aku nak citer skit tentang haaaa masa aku g giant ngn kawan aku ni, masa ni raya cina yang cuti seminggu tuh, jadilah dari x cuti langsung, hari ni barulah dapat nak berceritanya...hehehe apa lagi masa ni aku ngn kawan2 g la giant sbb nak sambut hari perpisahan geng2 TESIS ni...hurm sambut kat giant pun jadi la ek...

kali ni budak dari UIA ni belanja kitorg makan sini sebab dia kata dia x pernah belanja kitorg, jadi tepukan untuk dia kerana berjaya gak niat dia nak belanja...hehehe apa lagi sebatlah apa yang patut....









AMBIK!!! AMBIK!!!


HOI!!!! Apa tangkap2 ni nak kene pookkk ek!!


mereka mereka ni suke kan nasi campur jadi belilah nasi campur akak tuh, harga dia boleh tahan la xde la mahal sangatkan,tapi kira ok la...hurm apa yang memusykilkan aku ialah mcm mana la diorg kira lauk tuh ek...tgk2 jek pastu dah tau dah harga nya berapa, jadi x perlu nak rujuk senarai harga yang memang xde senarai harga pun...hahaha



Nasi sama ayam sama telor sama sambal,harganya agak daalm rm5.00 mcm tuh




gambar kawan aku daj USM ni lorat nk beli ubat untuk sakit lutut dia, baisalah pemain terhebat dalam basketball ni....hehehe dia ni gigih xnak bedah lutut dia sbb dah terkoyak masa main tuh, jumpa doktor bayar beribu-ribu dan akhirnya jumpa jalan penyelesaian yang belum pasti ia berkesan atau x iaitu membeli ubat di guardian iaitu ubat aaaa apa ek??aku pun x tau nama dia...

harga ubat ni katanya promosi, beli 2 botol dapat free 1 botol....wow bestnya dapat free tuh...aku nak gak tapi aku bukan sakit lutut tapi sakit lain...hahaha



Ini adalah air ek,nak tau air apa, tanya la saya k (ckp memusing musing)


dengan ini aku persembahkan yong tau foo kegemaran aku, harganya apa lagi aku sebat sampai rm10.50...hahah sian kawan aku ni, tapi nk wat mcm mana dah namapun belanja kan...


fuuuhh!!!!! fuuuhh!!!!!! kluarlah wahai panas, aku nak makan ni...fuuuhh!!!! ehhh tercabut plak gigi palsu mak ni...hahaha



hoi!!!! jemput makan!!!! (x habis2 nak menjerit jek kerja dia)


makan beramai-ramai...


alamak kabur da ini gambar


jadi kesimpulannya, hurm apa yang nak kongsikan ialah kita jangan kedekut nk belanja org, yakinilah makin kita suka belanja org kita rasa makin kaya.btul x tipu,kalau nak cubalah mana tau berjaya...hehehe selamat mencuba ek sekalian...


p/s : hari ni aku rasa errgghhhhh.......nk ngaja lak esok kat sk st xavier yang GEMILANG untuk minggu yang ke dua....

Thursday 22 March 2012

Falsafah Gebang VS Buat Ketupat VS Bajet Alim




Bismillah aku mulakan....hai hai hai apa kabo semua,huiii lamanya aku x postkan blog ni,yela sbb baru dapat internet yang baru...hehehe semangatla sikit. ok kali ni aku ada topik yang agak menarik nak kongsikan untuk korg semua iaitu Falsafah Gebang VS Buat Ketupat VS Bajet Alim. aku rasa korg sume mesti dah tau kan apa yang aku nak bincangkan.

Seperti biasalah aku sendiri sebenarnya x paham sebab ada pelbagai jenis ragam manusia dan manusia2 ni memang x pernah sedar bahawa setiap perlakuannya diperhatikan direct oleh manusia-manusia yang lain.cuma kadang2 dia x perasan atau sengaja wat2 x perasan jadi x tau la.aku bukan nk provokkan prangai orang sbb aku sendiri pun x seelok macam diorg, cuma persoalan timbul la kat hati ni, hari-hari dok pk benda yang sama.

Lahir dalam diri aku menyatakan bahawa aku sanggup jek berdepan dengan diorg sume ni cuma aku terpaksa hipokrit sebentar.kenapa nk hipokrit ek?? buat apa penat2 aku nak jadi pelakon kat certain2 org yang macam ni. bagi aku, lumrah dunia la aku terpaksa lakukan begini. bukan apa, bagi aku ini untuk kebaikan sebenarnya.


 

  





Ok aku mulakan dengan falsafah gebang, dari mana benda ni wujud sebenarnya. aku sendiri pun x tau, ada jenis manusia ni yang terover kondifent menyatakan sesuatu yang belum pasti benda tuh betul atau x. bukan apa aku sendiri pun rasa x perlulah sibuk2 yang mengundang idea yang belum pasti kesahihannya kerana benda tuh mudarat kat kita balik suatu hari nanti. boleh nak gebang pun tapi janganlah rasa kondifent sangat2 nya benda tuh betul. ni tak, sibuk duk citer kat org bahawa menyatakan benda tuh macam kita jek nk kene ikut cakap dia, tapi dia sendiri x tau bahawa benda tuh betul atau x, tapi bagi dia tuh aaaah bantai jela, asal org tuh percaya kat aku dah, dan dia akan rasa respek kat aku. tapi last2, akan terjadi benda yang x jadi kenyataan. untuk apa dia buat benda tuh sbenarnya??? puas ke hati dia buat benda tuh???

benda yang kedua menjadi perhatian aku ialah buat ketupat, aku bukan nak kene2 kan org atau apa cuma dia ni dah di tahap ICU dah aku tgk. iaitu buat ketupat, aku nampak dia ni kalau satu hari x NGUTUK org X SAH. kalau x NGUTUK boleh kene ulser atau barah yang teruk kat mulut dia tuh...adoiiyaiii kenapa jadi begini wahai manusia. please la,kenapa ada org yang begini, dok tgk perangai org pastu lorat dok kutuk2 org tuh pastu gelak2 macam SETAN...weh siapa yang melahirkan ko untuk dijadikan begitu. tolonglah ubah balik benda2 macam tuh sbb org yang mendengar pun akan dapat DOSA FREE2 jek dari ko. aku tau ko kan BAIK, ko kan PALING MULIA diantara yang PALING MULIA dari yang LAIN. tapi x perlu lah ko nak tunjukkan KEMULIAAN ko tuh kat org lain sebab KEMULIAAN KO TUH PALSU SEMATA dan MEROSAKKAN ORANG LAIN.


 


 



Satu lagi perkara yang aku rasa benda ni aku rasa x puas hati gakla (hai mamat ni sume x puas hati), benda ni aku sendiri dah terangkan kat dia sebenarnya. tapi dia ni aku x tau la paham ke x sebenarnya. apa salahnya kita menjaga sesama kita untuk kepentingan bersama. ni tajuk yang paling aku x berapa nak suka iaitu bajet Alim, korg nak tau x definisi dia. ok aku terangkan, definisi dia ialah dia ni seorang yang aku respect la sbb dia ni agak alim dalam bab2 agama ni, tapi yang mengraihankan aku ialah, kenapa dia x terapkan apa yang dia pelajari atau mendalami ilmu dia dia telah belajar. aku rasa korg pun tau kan, contoh paling ketara la. bila kawan tido, dia sibuk nak berborak sampai kuat x henggat dunia. padahal aku dah bg tau dah org tuh sebangai satu peringatan macam mana pada zaman RASULULLAH SAW cukup menjaga org yang sedang tido ni...ok ada 2 citer nak aku kongsikan.


Cerita 1

Dalam masjid nabi terdapat satu peristiwa di mana seorang lelaki sedang tido di bahagian tepi masjid kerana keletihan bermusafir manakala seorang lagi sedang kusyuk membaca Al-Quran, tiba2 sewaktu itu RASULULLAH SAW dan para sahabatnya sedang berbual tidak jauh dari lelaki yang sedang baca Al-Quran itu. sedang berbual tiba2 RASULULLAH SAW mendengar lelaki itu membaca Al-Quran cukup kuat sehingga lelaki yang tido itu agak terganggu. Maka pada masa itu dengan segera RASULULLAH SAW datang kepada lelaki yang membaca Al-Quran itu dan membisik bahawa menyuruh lelaki PERLAHANKAN SUARA KETIKA MEMBACA AL-QURAN.


Cerita 2

Ketika RASULULLAH SAW datang ke masjid untuk solat zohor, Baginda telah meletakkan kain serban di atas hamparan tamar di saf hadapan. lalu baginda telah keluar untuk mengambil wudhuk. ketika RASULULLAH SAW masuk semula ke dalam masjid, didapati ada seekor kucing tidur di atas kain serban baginda. akhirnya baginda telah 'memotong' (Wallahu Alam bagaimana baginda memotong) kain serban itu, sehingga kucing itu tidak sedar dan memakai semula lebihan kain serban yang 'dipotongnya' itu.


nampak x, perkara ni cukup jelas menunjukkan RASULULLAH SAW cukup jaga bab org yang sedang tido ni, sampaikan binatang pun baginda jaga (Kecuali kalau org itu tidak solat itu lain citerla). bagi aku sendirilah, sampaikan binatang pun baginda jaga, inikan pula manusia macam kita yang ada otak ni, kenapa x ikut apa yang diajarkan oleh baginda. ini yang menunjukkan bahawa baginda ada menyatakan bahawa 'ilmu tanpa amal, umpama pohon tidak berbuah'. jadi kesimpulannya, apa yang baik tuh kita ikut dan apa yang x baik tuh kita tegur2 la. JANGAN IKUT BULAT2 APA YANG DIKATAKAN DAN APA JUGA PERBUATAN YANG DILAKUKAN OLEH DIA KERANA DIA BELUM TENTU LAGI DAPAT MEMIMPIN KITA KE SYURGA KERANA DIA SENDIRI AKAN TERSUNGKUR KE NERAKA (NAUZUBILLAH).




 
 
 
 
panjang betul penjelasan aku ni...hehehe aku harap dapat dijadikan panduan dan peringatan untuk kita bersama, aku nak minta maaf jika ada yang terasa dengan post aku ni. aku terpaksa kerana benda ni rasa dia sendiri dah tau TAPI BUAT BUAT X TAU...ok bye...PEACE YAWWW!!!!!!!!!!!!!