Friday 27 January 2012

Program yang Menarik!!!!!!

Alhamdulillah hari ni merupakan hari yang paling x best bagi aku bila aku nak balik ke tempat belajar, hurmmm letihnya tapi apakan daya terpaksa la gak...hurm meh aku senarai kan skit

elaun dah dpt...yeeaaaaaa

cuti...yeaaa (tp shit, cuti nak habis dah)

baru habis perform nasyid...yeaaa tp ada pecah suara skit...haha

pointer exam dah dpt, tp mungkin x sehebat rumate aku...hehe


tuh jela yang aku dapat senaraikan, yang lain nanti aku bg tau la...hahaha aku sendiri pun x tau lepas ni nak settelkan apa plak, byk sgt benda2 nk kene settel kan, ok apa2 pun aku bagi la tunjuk antara program2 yang menarik, ni pun aku dapat dua program jek....


 kat poster ni kat N9 tapi ahad ni kat penang ek...hehehe kat dewan sri pinang




ha ini la antara program yang menarik iaitu himpun sejuta umat dan juga ceramah ustaz azhar idrus...hurm aku tgk memang menarik dan juga memberi satu nafas baru kepada siapa yang mengujungi program2 ini kerana ia amatlah berbaloi....majlis ilmu baiii g la apa salahnya...

himpun sejuta umat not bad jugak boleh sertai nya jugak, siapa nak join boleh la, mmg best kalau join ni.

apa2 pun siapa yang berdekatan dengan shah alam, hulu kelang, dan senawang termasukla juga kat penang bahagian pulau nuuhhh boleh la datang ke program2 ni, x rugi beb memang berbaloi-baloi...jadi aku pun insya ALLAH kalau ada masa boleh la join benda2 ni sume...hehehe...


p/s : peminat ustaz azhar idrus gak...jadi kepada siapa yang sibuk2 nak menjatuhkan ustaz ni, udoh2 le tuh bawak beristighfar...peaaceeee yaaawwwww!!!!!!!!!! :-p





Thursday 26 January 2012

Cerciter skit2


Heheheh... arini aku nak bagi gambo yang terpilih....hehee


 menjadi panduan kepada wanita2 yang inginkan bertudung dan berpakaian dengan cara yang betul


haaaa ni ada promotion, kawan saya tuh si mellisa telah membuat jualan celcom ni, harga nya sebulan cuma rm25 jek, tapi jenis topup punya...haaaa kelajuan dia standard jek gn yang lain2 siapa nk berjimat boleh amik pakej ni...

jadi BYE2!!!!!!!!!!!!! :P

Sunday 22 January 2012

Sejauh 370km...What Tha Hell R U!!!!!!

Hurm pada hb 1 2012 aritu aku telah membuat satu rekod yang rasanya org lain x pernah buat kot...hahah ni adalah salah satu kerja gila aku...hehehe iaitu kerja gila balik dari penang ke KL dengan menaiki moto skooter aku yang si merah ni sejauh hampir 370km....hahaha cukup jauh...hurm korg ni bapok ke kalau x buat, kitorg dah buat dah, korg try la buat cam aku ni...hehehe...


hehehehe......BAPOK KE!!!!!!!!!!


YOOOO!!!!! aku jugak!!!


Maka apa lagi moh la TIME LINE pleasseee...

12.30 tgh hari
bertolak dari pusat permulaan ke stesen minyak untuk isi minyak (RM8.00)

1.10 tgh hari
naik ke jambatan pulau pinang sepanjang 13.5km, masa tuh hujan renyai telah timbul dan terpaksa berhenti di tepi jambatan untuk memakai telekung kuning yang hanya berharga rm3.00 sahaja...hehehe

1.20 tgh hari
berhenti di tol juru untuk merehatkan diri

1.25 tgh hari
sambung perjalanan sejauh mana yang boleh

2.00 ptg
berhenti di bukit gantang, makan tengah hari kat sana, masa tuh makan nasi campur ngn daging manakala kawan aku rizal plak makan nasi lomak...sebelum berjalan sempat beli pau daging

2.30 ptg
bersambung perjalanan dengan membuka telekung kuning kerana sudah koyak teruk.sambil atas moto sambil makan pau daging yang dibeli.

3.00 ptg
berhenti di sg perak, rehat kejap, masa tuh kawan aku dah x larat nak bawak moto, last2 aku yang sambung memandu dari situ, sambil tuh minum air botol yang ada.

3.15 ptg
naik dan turun bukit yang memisahkan kuala langsar dengan jelapang, ipoh, waktu tuh hujan renyai, redha jela kene redah gak kerana x boleh nak buat apa, xde protection. lalu la jalan sebelah kiri dengan lori yang cukup banyak.

3.40 ptg
sampai di perhentian simpang pulai, berhenti kat petronas kerana penat, sementara tuh makan jagung rebus yang panas dan sungguh sedap kerana mengurangkan rasa sejuk di jalanraya.isi minyak (rm7.00)

4.00 ptg 
sambung jalan lagi untuk lebih jauh, masa tuh rasa excited sgt2 sebab lagi 175km untuk sampai ke KL.

4.40 ptg
sampai di perhentian tapah, berhenti kejap, masa tuh sembahyang jamak zohor/ asar.

5.00 ptg
sambung perjalanan yang memang penuh cabaran, sambil tuh menjangka masa akan sampai pada pukul 7.00 malam.semuanya berjalan dengan lancar

6.00 ptg
berhenti di ladang bikam, tunggu kejap untuk hilangkan lelah dan penat yang berlaku

6.10 ptg
sambung perjalanan semula, semuanya mengikut jadual yang terbaik diuruskan oleh kami sendiri.


kalau dilihatkan apa yang berlaku di atas semuanya berjalan dengan baik dan lancar tanpa sebarang masalah, tetapi selepas ini akan berlaku satu tragedi yang memang x duga langsung..mari kita sambung lagi...


6.30 ptg
tiba2 waktu nak exit ke behrang, tayar moto bocor secara tiba2, waktu itu memang terkejut jugakla sebab x semena2 tayar bocor, telefon pihak PLUS untuk minta bantuan tetapi piahk mereka x dapat tolong kerana mereka tolong hanya kereta sahaja, cilanat punya pihak PLUS. last2 sorong moto sejauh 1.5 km.

6.50 ptg
sampai kat tol behrang, jumpa makcik dan pakcik yang kerja di tol tuh, mintak nombor tepon makanik, kol tapi x berangkat kerana waktu tuh hampir maghrib.

7.00 ptg
jalan kaki masuk ke jalan kampung, moto tinggal kat tol behrang

7.10 ptg
jumpa pakcik dan makcik jual buah, tanya mekanik mana yang ada, diorg kata ada tapi 2km jauhnya, terpaksa redha jalan kaki

7.30 ptg
jumpa balai polis behrang, tanya polis tuh tapi x guna sebab apa yang dicakap olehnya x membantu langsung, apa punya polis daa....

7.50 ptg
jalan kaki lagi lebih kurg 300 meter lagi, jumpa gerai kat satu jambatan ke sempadan selangor. semuanya orang kampung kat situ, jumpa satu makcik gerai yang suaminya ialah pernah bukak mekanik di hujung kampung, tapi jauh lagi lebih kurg 1.5km. makcik tuh suruh duduk kat gerai tuh.

8.30 mlm
anak makcik sampai kat gerai tuh, dia jugak mekanik motor. bawak kawan aku rizal ke moto kat tol behrang untuk bukak tayar. aku tunggu kat gerai tuh.

8.50 mlm
abg tuh bawak tayar, aku naik moto dengan dia, rizal tunggu kat motor aku sebab barang2 besi bersepah, aku naik dengan membawa tayar bocor itu.

9.15 mlm
jumpa mekanik suami akak gerai tuh, terpaksa masukkan tiub sebab tayar dah teruk botaknya. kene rm17.00.

9.40 mlm
pergi ke moto aku iaitu kat tol behrang, masukkan tayar balik kr motor, bagila upah rm20.

10.00 mlm
berjaya jugak untuk bertolak dari tol behrang hingga la sejauh mana yang boleh.

10.20 mlm
masalah berlaku lagi, minyak nak habis, berhenti di perhentian ulu bernam tetapi hampa stesen minyak x dibuka lagi, teruskan perjalanan walaupun dah takuk merah.

10.30 mlm
keluar simpang bukit tagar, jumpa aci tol tuh tapi dia kata kat exit tuh xde stesen minyak, kene kedepan lagi ke exit batang berjuntai

10.45 mlm
sampai di batang berjuntai, akhirnya jumpa gak stesen minyak esso, isi denga harga rm8.00 full bapak punya, sampai melimpah, bersyukur sangat2 pada ALLAH kerana memberi kesenangan.

11.00 mlm
sambung perjalanan, masa tuh lampu break belakang dengan sebelah depan satu mentol telah terbakar, terpaksa redah gak sampai ke KL.

11.50 mlm
ALHAMDULILLAH akhirnya sampai ke jalan Duta KL, dengan harapan dan semangat sambung gak ke lebuhraya DUKE.

12.20 mlm
sampai kat rumah kawan aku rizal di ampang. ucapan terima kasih dilontarkan

12.30 mlm
bertolak ke rumah aku dengan penuh kepenatan, hujan renyai lagi....huhuhu sejukkk..

1.00 pagi
akhirnya!!!!!!!!!!!!!!!!!! sampai jugak ke rumah aku, walaupun penat tapi rasa seronok sangat dengan pelbagai pengalaman yang xkan dapat aku lupakan....

TAMMAT!!!!!


huh penat betul aku menaip ni, hehehe panjnag betul la dia punya kisah ni, hurm memang penuh dugaan betul waktu2 mcm ni, korg nak cubalah mcm kitorg, bila pk kan balik memang best, apa lagi waktu esok pagi tuh sakit pinggang la jawabnya...huiiii tapi berbaloi sungguh dengan pengalaman yang kitorg ada, hurm apa lagi korg cuba la, x rugi kalau cuba....

hurm ok la sampai kat sini jela citer aku, nanti sambung lagi ek.....

BUBYE!!!!!


p/s : sepanjang perjalanan tuh aku ucapkan syukur kerana dapat lihat kebesaran ALLAH dengan keindahan lanskap alam yang cukup cantik.....





Santai Nyembang (Jange Mu Politikkan Agamo)

Salamunsalam kepada semua hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian, apa kaba semua?? harap2 semuanya sihat, sekarang ni dah masuk 22hb 1 2012...heheh kali ni pakcik nak citerkan skit la pasai tajuk kat atas ni, ok sebelum pakcik nk citerkan pakcik nak ucapkan terima kasih kat kawan pakcik yang bernama daimun kerana sudi mengesharekan gambar ni ke dalam facebook....terima kasih diucapkan...ni la gambar2 nya...





 hehehe memang x dinafikan penggunaan segala i i ni memang x dapat dibendung lagi, dah jadi satu fenomena di kalangan rakyat Malaysia...hehe salah satu penggunaan ipod nya ialah mamat ni gak la iaitu Daimun....hehehe jadi kepada rakyat Malaysia...pakcik tidak menghalang sesiapa pun untuk membeli barang2 gadjet2 ni sume tapi kalau bberduit xpe gak, tapi kalau x berduit x perlu la nak berusaha dok beli benda2 mcm ni

so terima kasih ek daimun!!!!!!!!!!!


YO SAMA2 PAKCIK!!!!


kali ni segmen santai nyembang iaitu lebih kepada sifat keagamaan iaitu jange mu politikkan agamo kito...ok apa yang menyedihkan pakcik ialah masih ada yang cuba mempolitikkan agama ni, di kalangan kawan2 pakcik plak tuh, pakcik bukan cuba nak bukak aib dia tapi pakcik cuma nak bg tau tentang bahawa dia tau dengan mendalam tentang agama Islam, tapi boleh cetek dengan bab2 benda ni kerana terlalu obses ngan persatuan2 yang memang berunsurkan Islam tetapi dia sibuk dok canang kata persatuan ini lebih kepada menyokong salah satu politik...

DIALOG BERSAMA SI OBSES NI

si polan : ko masuk persatuan ni memang boleh jadi pemimpin ke??

si hanyar : memang la masuk persatuan ni ada tahap dia iaitu tahap 3, 2 dan 1 (wah macam MLM plak). nak jadi tahap 1 kene ada jadual amalan yang tiap2 hari kene wat contohnya ada satu mamat ni dia ada jadual waktu dia macam bila pagi dia g kuliah, tapi petang plak dia ada baca hadis. malam plak g usrah...

si polan : ko skrg ni duk tahap mana??

si hanyar : sekarang ni aku duk tahap 3 lagi, nak dapat tahap 2 bukannya senang

si polan : nak dapatkan tahap 1 ni macam mana??

si hanyar : nak dapatkan tahap 1 org tuh kene la kuat pengaruh, pandai bari ceramah, konduct usrah dan jugak kene pandai bercakap tentang hal agama, ada satu orang tuh dah pangkat Dr. dia memang tahap 1 sebab dia memang pandai wat ni sume

si polan : oooh kira ko dah boleh naik tahap 2 la ek

si hanyar : boleh katakan gitu la, aku pun dah boleh konduct usrah, ceramah, pastu aku ni banyak terlibat dengan aktiviti luar.


korg saksikan dialog ni...


si polan : persatuan ni ada x sokong mana2 parti politik??

si hanyar : yela, persatuan yang aku masuk ni lebih kepada menyokong parti P** sebab parti ni pun dah direstui oleh T** G*** (apa kene mengena dengan agama dan politik??), kalau macam persatuan A*** ni lebih kepada parti *M**, parti ni x femes sgt, macam persatuan yang aku masuk ni memang femes sebab 1 malaysia dah ada cawangan dia...

si polan : ooooh kira ko punya persatuan ni lebih kepada parti P** la ek

si hanyar : gitula...

masa tuh pakcik hanya berdiam diri kerana malas nak masuk campur dalam hal extremes ni, apa yang mengecewakan pakcik ialah pakcik rasa kenapa perlu mempolitikkan agama, agama Islam kan bersifat syumul, kenapa nak menyelangi dengan politik...rasa timbul hairan di hati ni, jadi nasihat pakcik la kepada semua kalau nak masuk dalam persatuan or pertubuhan agama x perlu la nak memandai mandai mengatakan persatuan ni lebih kepada apa ke itu ke ini ke x payah nak sibuk, sebab kebenaran nya masih x diketahui lagi, jadi please jangan memandai2, sebab pakcik pun pernah masuk persatuan ni jadi pakcik jugak ada pengalaman tentang persatuan ni, x payah nak TUNJUK PANDAI DAN TUNJUK DIRI TU BAGUS SANGAT menyatakan yang bukan2 pada persatuan tuh sebab persatuan itu X BERSALAH tapi KAU tuh yang BERSALAH!!!!!!!!.


p/s : aku nak ucapkan terima kasih kepada pendialog ni kerana memberi satu pengajaran kepada aku dan seyes aku sendiri dan orang2 yang baca dialog ko ni memang x boleh terima dengan pendapat HANYAR ko tuh...terima kasih banyak2...

Wednesday 18 January 2012

Ke Kedai Abang Kenny (GoSiPlA sKiT)

Baru2 ni aku adalah gak pergi ke suatu tempat yang agak rahsia dan juga terpencil...heheheh assalamualaikum dan salam harap2 sejahtera kepada semua yang berkenaan dan juga yang x berkenaan tuh boleh blah dari vlog aku...hahaha ok kat sini aku adalah gak ajak kawan2, sahabat handai yang amatla pandai untuk jamuan makan2 secara yang amatlah rahsia (rahsiala sangat) hahahah untuk tidak melepaskan peluang ke kedai Abang Kenny...hoho seramai 12 orang yang terlibat iaitu aku, izzy, rizal, aus, ucop, kerol, bro, kiah, thiap, auni, anis, ngan aten...

aku pergi naik moto ngn rizal mana kala yang lain semuanya naik kete, hahahah korg bayangkan hari itu ialah hari yang kene pakai baju merah...baru boleh dapat makan free 1 set, jadi ada untungla makan untuk 12 orang, bayar cuma untuk 6 orang makan jek, untung ke x untung...rugi oooo siapa yang x g, satu hari jerk yang terlibat, kat sini xla ramai sbb x semua org tau ada kedai Abang Kenny kat sini...hehehe pas kelas jek apa lagi serbu la ke sini, sampai kan ada pensyarah pun kitorg sapu skali...hahaha

apa2 pun sambil2 makan tuh adalah gak kitorg gosip2 cam haremmmm ala2 gitu...hahaha apa lagi mulakanlah


ABANG KENNY!!!!!!!!!!!!


Hurm bagus2 kebersihan diutamakan...


hi nama saya ANIS....umu saya baru 15thn (hahaha nk tipu x berpada)


AUUMMM!!!!! auuumm!!!!!! AAUUMMM!!!!!!


Apa yang kitorg sibuk2 gosipkan?? jeng3 mmg amatlah rahsia kaw2 punya, masing2 memang akan simpankannya sebagai satu perjanjian, adakah ia bertahan?? hahahaha aku sendiri pun x tau...

apa2 pun memang la aku akui semuanya ingin menjadikan dan menjanjikan yang terbaik punyaaaaa...hehehe tapi tuh la lumrah la sebagai seorang manusia aku harus la tabah menghadapinya dengan sebaik-baiknya (da stat aku mengarut la tuh)


hahahah bunguks betul aku x pakai baju merah...apsal kuning plak...adeehh


yoobbb aus cuba menghabiskan dan membolotkan makanan yang sedia ada itu..


ko tgk apa tuh yobbb?? pompuan canteekk ke??


masing2 kusyuk gilerrr kalau tgh makan...nyummm nyummmm


 dah habis makan posingla skit baru mengancam...hehe


 lepas jek aku menyetelkan bab2 makan ni last2 aku pun amik keputusan ngn rizal untuk ke mydin untuk membeli gam dan juga cermin (last2 cermin x beli gak) heheheh aku pun beli la gam gajah sebab aku punya penyangkut asik jatuh jek sbb x thn gam dia...huh geram btul aku dibuatnya.....WHAT A DAMN LESS

sesudah itu pergi la kejap ke MUSIC WORLD nak cari cable gitar si rizal ni ha...pun x beli gak, gatai betul la dia ni...hahaha sbb x mampu, harga xde yang rm10, semuanya rm30 ke atas...ish mmg cekik darah gak kedai ni, yela dah branded kenela mahal baru la ada kualiti...

aku pun balik la dan mengucapkan salam perpisahan sementara kepada mereka sbb mereka nak blah naik kete...aku tetap setia ngn moto jek...hehehe ok la bubye bye bye....


p/s : kalau nak beli makanan biar berpada...hehe :-) peace yawwwww!!!!!!!!!!!!!

Tuesday 17 January 2012

Si Merah Kene Bedah

Hoiiii dan salam sejahtera kepada semua yang berkenaan....hehehe apa kabar semua?? harap2 semuanya sihat2 belaka dan bertambah gemuk...hahahah ok la kali ni pakcik nak citerkanla pasal hal motor pakcik ni yang sedang dibedah dan membedah....huhuhuh agak2 mmg hanyar benda2 mcm ni tapi nak kene wat gak...

kononnya nak bawak balik moto ni sampai ke KL ni yang tengah dok servis moto ni....jeng jeng jeng....


cilakak betul, habis semua dia bukak, ni mesti nak cari rosak moto la ni


 habis dia bukak si merah aku ni....hurm nasib2...


apa yang mengejutkan pakcik, bila kira2 semua skali adalah berharga RM245!!!!!!!!!!!!!!!!!! what tha helllll!!!!! habis duti nasyid aku dapat yang rm200 tuh....hurm xpela nak cantekk punya pasal g la gak betulkan apa yang patut....hurm pastu banyak kene tukar plak tuh, timing belt, mentol depan, dia punya 6 biji untuk apa ntah, pastu upah servis, tukar minyak hitam, minyak gear dan segala minyak yang patutla....hurm aku pun apa lagi kuarkan la duit aku yang perhabis kat situ jela....

hurm xpela moto pakcik punya pasal, pakcik pun kuarkan jela, mmg pakcik kene kuarkan duit gak sbb memang dah pakcik nak guna tiap2 hari...hurm ok la last skali pakcik pun blah ngn duit yang habis kat bengkel cina tuh jek....


sedey sedey....

Pc ExPo Oh Pc ExPaK

Salam kepada semua yang boleh la nak pakcik ucapkan kepada semua anak2 pakcik yang paling pakcik benci...hahaha sayangla...hehe ok la hari ni pakcik nak cerciter skitla pasai baru2 ni kat pulau yang teramatla kononnya mutiara sgt2 tuh ada PC Expo yang agak2 bajet gempakla kononnya tuh...tapi x la segempak mana pun...heheh tapi pakcik tetap gak la sergah tempat ni untuk lihat dengan lebih mendalam lagi tentang apa yang ada kat dalam ni...

huem....huem....huem....uhuk uhuk hahaha sory2 pakcik batuk skit...kalau tgk kat luar ni agak gah la gak...


ha ni tempat masuk dia, gah ke x gah tempat ni (bajetla tuh)


haiii mamat ni giler gambar la plak....hahah


ditaja oleh astro life (yeke???)


pakcik masuk2 jek kat tempat tuh....ya ALLAH punyalah x sesak punya olang, sebab apa kalau nak tau?? sebabnya apa kebenda la jual sangat kat tempat ni....sikit bebenor, xde apa yang menarik minat hati pakcik pun bila tgk...haaadoooiiii tapuk dahi la pakcik ni...hurm tgkla lagi...


komputer, kotak2 komputer, pelayan kat sini yang hipokrit wat muka tersenyum...


datuk yang sorg ni...hurm balik jela jaga cucu lagi baik...


hurm apa punya barang ni?? ohhhh spekak rupanya (loghat mana tuh??)


hurm kawan pakcik ni x habis dok belek...


tengok punya tengok....


Perasaan ni agak hampa bercampur berbaur kecewa gakla kerana barang yg nak tgk tuh akhirnya xde lagi, hurm pakcik ni apa lagi tetiba jek terjumpa la seorang mamat cina ni...hurm apa yang menarik kat dia tuh...jom kita tgk...


TAIP TAIP....


DAN TERUS MENAIP TANPA HENTI..


TAIP LAGI...ADOOOIIIII...


apa yang kitorg sibuk dok taip menaip ni adalah disebabkan bahawa sebenarnya tgh busy nak masuk kontest untuk menang hadiah seperti Ipad2, Kereta, Hp BB dan juga lain2 produk elektronik dan yang sewaktu dengannya...heheh pas sibuk2 nak hantar kontest tuh kononnya nak tunggu dapatkan hard disk yang berharga rm165 jenama kerbau tapi x kesampaian kerana hanya 20 orang pertama jek yang boleh dapat...cinabeng betul la...

g g sana ada lah gak jumpa ngn kawan2 seangkatan iaitu naqib ngn wafi dok sibuk2 kan diri nak beli barang tapi haremmm x de apa pun nak beli......

matlamat aku nak beli speaker sonic gear mcm rumate aku dulu tuh...tapi xde jual la....pelik gak tuh, special edition sangat ke benda alah tuh sampai susah nak dapat...dengan gagah dan terus berusaha pakcik ngn kawan pakcik pun melangkah keluar dari kompleks itu dengan penuh kekecewaan....adeeehhh

hanya sibuk amik apa tau??? pamplet ngn flyers jek yang banyak, tapi xpela skurang2-nya flyers tuh mahal kot diorg buat...hehehe ok la sampai di sni jela pakcik boleh citer kan pada korg yang agak2 bengong gak ngn citer pakcik yang berputar belit ni....hehehe ok la bye2....


p/s : kalau nak datang tuh kene la dengan niat yang baik dan balik juga dengan niat yang baik....ok peace yawwwww!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Monday 16 January 2012

Segmen Warong Kome (Medan Selera Roadwalk)

Hi Assalamualaikum dan salam salam pakcik nak ucapkan kepada semua yang terlibatkan diri mahupun yang x terlibatkan diri...hurm apa kabar semua nya...harap2 semuanya sihat2 belaka ek macam kawan pakcik kat bawah ni....

hehehe uhuk uhuk pakcik memang sentiasa sihat...uhuk uhuk (batuk gatai)


hehehe hari ni pakcik nak citerkan balik segmen apa!!!!!!!!!!!!!!!!!!! yaaaa apa lagi semestinya segmen Warong Kome...hurm hari ni apa yang saya nak bg tau tentang yang hak dan yang batil ek (mula la mengarut tuh) hehehe....ok la apa lagi kita jalankan proses perbincangan kita pada kali ni...hurm kali ni kita nun jauh skit ke pulau pinang pulau mutiara (ada mutiara ke..hahaha shit) di mana mempunyai gerai2 dan makanan yang sedap2 dan amat berkhasiat sekali....contohnya macam gerai yang kat bawah ni....huiii femes...tapi eeee....


ha kedai ni memang sedap tapi kalau korg nak tau sedar x sedar punyalah banyak tikus dan binatang yang seangkatan dengannya melintas...hahaha skarang dh tutup aku x tau pasal apa...(pk sendirila beb)


huem ok la kali ni aku nak mempersembahkan medan selera yang agak femes gakla kat penang ni....ok jommm...kasilah facta skit baiii...


Facta Facti medan selera roadwalk

- bersebelahan dengan pasar pagi roadwalk dan juga stadium pulau pinang
- macam2 ada, roti canai ada, roti bakar ada, roti bangsat ada...ehhh silap...roti sardin ada...dan segala jenis nasi lemak yang berlemak tuh la..
- membuka selera kepada sesiapa yang menyantapnya kerana anda akan dicampurkan makanan anda dengan bunyi hon, asap kenderaan dan juga pasir jalan....hehehe..
- sesuai gerai ni untuk mereka yang nak bergosip, mengumpat dan juga bergaduh mulut...


cibuk jek mamat ni nak pic2 plak...


memang bersebelahan dengan pasar pagi


ha ni gerai jual air dan juga nasi lomak...


tengok tuh!!! budak pun nak mengumpat ngn org tua...apa daa


cam biasalah teh ais ngn milo ais...


nasi lomak, harganya rm1.50 jek...murah sgt la tuh...


ai sempat plak tunjuk nasi lomak dia tuh...


AOOUUUMMM!!!! AOOOUMMMM!!!!


aku plak pilihlah kdai jual roti canai yang tercanai-canai tuh....


haaa ni la dia roti canai dan roti sardin aku.....


meh kita koyak-koyakkan dia...hahahahah....


AUUUMMM!!!! AUUMMM!!!!!!


dicicah pulak dengan kari daging yang sungggguuuuhhhh MENYELERAKAN!!!!


hahahah mcm mana dengan cerciter pakcik ni...heheh best x, rasanya TABESH kot.....hehehe ok la sampai kat sini jela,jadi apa yang boleh nak katakan cubalah makan di sini pasti akan puas hati!!!!!! ok bye2...


p/s : makanlah makanan yang halal lagi baik....insya ALLAH....

Monday 9 January 2012

Al Fatihah (Pn Zizalina)

Hijjaz ( kau sahabat kau teman )

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa

( korus )
Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

( korus ) Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Ku sahabatku kau teman sejati


Assalamualaikum warahmatullah kepada semua pembaca sekalian, Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat ALLAH kerana kita masih lagi berada di sini untuk bersama2 dengan pakcik, hari ni pakcik nak jadi baik kerana pagi tadi pakcik telah menerima satu sms mengatakan bahawa Cikgu pakcik semasa sekolah menengah dahulu iaitu Cikgu Zizalina, dia pernah mengajar pakcik waktu pakcik form 5 dalam matapelajaran sejarah, bagi pakcik kan, dia seorang yang baik dan cara dia cakap lemah lembut jek, serius pakcik cakap dia tak pernah marah kitorang waktu di sekolah kalau kitorg x siap kerja sekolah ataupun sampai x buat kerja pun...dia memang seorang guru yang penyabar.

Pakcik juga dapat tahu bila pakcik dah habis sekolah, pakcik dengar citer cikgu pakcik tuh tetiba dah berhenti dari sekolah tapi x sure la cikgu pakcik tuh gaji dia masih berjalan atau pun x.

Sesudah itu sehingga ke hari ini tanggal 9hb Januari 2012, cikgu pakcik akhirnya ke rahmatullah kerana derita penyakit kanser rahim....

oleh itu kawan2 pakcik sekalian, marilah kita sedekahkan Al Fatihah kepada almarhumah semoga mereka ditempatkan ke dalam org2 yang beriman...amin.....


AL FATIHAH (puan adura bersama-sama dengan almarhumah puan zizalina)


p/s : ingat pesan pakcik, yang pergi tuh tetap pergi, yang hidup ni mesti terus menjalankan kehidupan...


Sunday 8 January 2012

Messy To Clean Up Babe...

Hoi hai dan salam sejahtera kepada semua sekalian, hehehe....pakcik hari ni xtaula nk watpe...agak serabut gak kepala ni dengan macam2 ragam manusia....ok la kali ni dah lama benar benda ni x di post dan simpan ke dalam draft ni...akhirnya pakcik dah bersedia dah untuk menunjukkan tempat study pakcik yang amat kemas dan lebih cantik ini...baik la masa pakcik masuk ke dalam tempat belajar ni pakcik kene naik 1 tingkat lagi iaitu dari tingkat 2 ke tingkat 3...huiiiii punyalah banyak barang sampai x menang tangan, dahla barang semua x kemas habis waktu cuti hari tuh, terpaksa la gak g punggah baik barang2 kat bilik lama untuk naik ke paras yang lebih tinggi....adoooiii punyalah macam nak patah pinggang pakcik ni mengangkatnya...dahla pakcik sampai sini pun pukul 4.30 pagi lepas tuh tidur pun takat 3 jam jek dah kene kemas habis habisan.

hurm naik semua barang2 hampir kira2 nak dekat 12 trip gakla..dengan x cukup tido lagi terpaksalah gigih kan diri untuk kemas hari tu gak sebab dah mula kuliah pada hari esok tuh...akhirnya dengan tawakkal dan jati diri yang amat tinggi akhirnya Yesssssss.....dapat gak pakcik menyiapkannya dengan baik....ok apa lagi...


Ini Lah Hasilnya!!!!


hahaha dengan barang yang telah disusun rapi, siap ada angry bird ngn patrick lagi...KORG ADA KE???


ni ialah stok makanan yang telah disediakan oleh.....siapa ek??


 ahha ni bahagian rumate aku...ha korg tgk la puas2 ek....


Dalam sejarah gakla pertama kali pakcik dengan bangganya menunjukkan meja study pakcik yang amat cantik dan tersusun....hehehe meja rumate pakcik pun tersusun gak, tgkla punya la rajin dia susun fail tuh...bajet rajinla atekan....hehehe

hurm malam tuh pulak pakcik dapat la gak jadual waktu masuk kuliah ooohhh my shittt... banyaknya waktu kene masuk, dah la isnin ngn kamis balik kul 4.30ptg pastu straight plak tuh...adeeehhh rasa letih dan huhu tapi xpela pakcik kene terima gakla cabaran untuk sem 5 pada kali ini...hurm apa2 pun pakcik bersyukur ngn apa yang ada...insya ALLAH...

hurm apa yang pakcik harapkan supaya pihak pentadbiran jangan la suh kami ni memikul beban yang berat ngn memindahkan barang2 ni sume, dah x larat dah pakcik nk punggah lagi...huhuu ok la sampai kat sini jela pakcik boleh citerkan,nanti pakcik akan citerkan lagi ek dengan paparan yang lebih menarik...

bye bye sume!!!!!!