Saturday 7 January 2012

Tutti Frutti Time FOR Meeting Revolusi Seni Timur (ReST)

Hoi hai kepada semua manusia2...hehehe apa kabar semua harap2 semua sihat dan amatlah sejahtera hendaknya...hurm apa itu ReST ek?? bijak betul la pamuda pemudi skrg ni...hehee ok maksud ReST ialah Revolusi Seni Timur atau dalam bahasa inggerisnya ialah East Art Revolution. Pada malam tahun baru tuh haaa masa tuh bermulalah satu mesyuarat ahli majlis tertinggi yang disertai oleh 4 group ansyid secara tetap iaitu kumpulan AurorA, The Message, Muslim Voice dan juga Insaff. Komuniti ini sebenarnya didedahkan adalah untuk mencungkil bakat2 yang terpendam kepada anak2 yang mempunyai kesenian yang tinggi sama ada dari segi nyanyian, vokal, dan juga seni2 yang sewaktu dengannya.

Sbnrnya rumusan yang kami buat sepanjang perjalanan penglihatan kami, kami lihat kebanyakan anak2 seni yang telah keluar dari sekolah rendah atau menengah, mereka tidak mendedahkan bakat mereka apabila berada di IPT atau tidak berpeluang untuk masuk mana2 anggota kumpulan persatuan di bawah naungan IPT atau komuniti luar disebabkan tidak ada peluang. 

Oleh itu, tujuan utama komuniti ini diwujudkan ialah melatih dan juga mencungkil bakat anak2 seni untuk lebih yakin dan juga lebih positif dalam mewujudkan satu kelebihan itu ke arah yang lebih baik, dan komuniti ini tidak semestinya hanya tertumpu pada nasyid tapi pada benda2 lain pun ada la gak...ala korg ni, macam rakan muda gak la kitorg buat.

Jadi untuk jangka masa pendek ReST ini ialah dengan mewujudkan satu tagline berdaftar di bawah kementerian belia untuk menjadi satu komuniti yang berdaftar. dengan itu, kitorg akan membuat pelbagai aktiviti yang menarik seperti 'basking' di jalan raya, buat show di restoran atau menerima mana2 jemputan, mewujudkan festival nasyid, kelas vokal, koreografi, kelas muzik instrumen dan lain2.

apa yang menariknya komuniti ini kitorg gak ada wat aktiviti luar yang menarik seperti perkhemahan dan juga lawatan ke tempat2 yang menarik.

Matlamat jangka panjang komuniti ini ialah ingin membuat round tour sama ada di Malaysia mahupun luar negara untuk memperkenalkan komuniti ni kepada dunia luar seterusnya menjadikan komuniti ini sebagai satu komuniti yang beridentitikan negara kita Malaysia.

Mesyuarat besar-besaran kami buat kali ke 2 ialah di tutti frutti...hehehe ok la nak citerkan pulak pasal tutti frutti ni...


Facta Facti Tutti Frutti

- bahan makanan asas ialah aiskrim yang diperbuaat daripada yogurt (aiskrim sihat la tuh)
- macam2 perisa adda seperti coklat, vanila, saderi, peppermint dan lain2
- lepas amik aiskrim tuh bolehla letak seperti kacang2, choc rice, choc syrup, raisins, dan lain2
- lepas amik semua tuh, aiskrim akan ditimbang, 100gm dalam rm5.00... (bapak mahal)


warga tutti frutti amat bangga dengan adanya wifi


kawan2 menunjukkan sample aiskrim masing2 untuk dimakan.


kalau korg nak tau harga aiskrim kawan pakcik ni...huiii rm18.50


gambar skit ek


ha ni aiskrim yang aku buat....sedaappppp


cuba tgk dalam dia...huiii kalau nak tau harganya....huiii rm16.50 (berbaloi ke x??)


uuummmm yummy yummy...


sambil makan mesyuarat tetap dijalankan hingga tamat...hampir 2 jam gak duk kat situ.


Jadi agak2 sapa2 yang berminat untuk join komuniti ini bagi tau kitorg ek, segala penerangan akan diberikan...hurm penat gak pakcik citerkan..hahaha apa2 hal pakcik rasa seronok sebab apa yang dibincangkan semuanya diharapkan berjalan dengan lancar dan menarik. Komuniti ini terbuka dahulu kepada anak2 seni dari bhgn timur iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan. Kerana mereka kurang didedahkan dengan kepentingan dalam bermasyarakat yang mempunyai bakat secara terus menerus, jadi dengan masuknya komuniti ni diorg boleh tonjolkan segala bakat yang diorg ada kepada semua dan berkongsi ilmu pengetahuan.


p/s : huh panjangnay tulis...ada aku kesah tuh sume!!

No comments:

Post a Comment