Monday 9 January 2012

Al Fatihah (Pn Zizalina)

Hijjaz ( kau sahabat kau teman )

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa

( korus )
Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

( korus ) Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Ku sahabatku kau teman sejati


Assalamualaikum warahmatullah kepada semua pembaca sekalian, Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat ALLAH kerana kita masih lagi berada di sini untuk bersama2 dengan pakcik, hari ni pakcik nak jadi baik kerana pagi tadi pakcik telah menerima satu sms mengatakan bahawa Cikgu pakcik semasa sekolah menengah dahulu iaitu Cikgu Zizalina, dia pernah mengajar pakcik waktu pakcik form 5 dalam matapelajaran sejarah, bagi pakcik kan, dia seorang yang baik dan cara dia cakap lemah lembut jek, serius pakcik cakap dia tak pernah marah kitorang waktu di sekolah kalau kitorg x siap kerja sekolah ataupun sampai x buat kerja pun...dia memang seorang guru yang penyabar.

Pakcik juga dapat tahu bila pakcik dah habis sekolah, pakcik dengar citer cikgu pakcik tuh tetiba dah berhenti dari sekolah tapi x sure la cikgu pakcik tuh gaji dia masih berjalan atau pun x.

Sesudah itu sehingga ke hari ini tanggal 9hb Januari 2012, cikgu pakcik akhirnya ke rahmatullah kerana derita penyakit kanser rahim....

oleh itu kawan2 pakcik sekalian, marilah kita sedekahkan Al Fatihah kepada almarhumah semoga mereka ditempatkan ke dalam org2 yang beriman...amin.....


AL FATIHAH (puan adura bersama-sama dengan almarhumah puan zizalina)


p/s : ingat pesan pakcik, yang pergi tuh tetap pergi, yang hidup ni mesti terus menjalankan kehidupan...


No comments:

Post a Comment