Sunday 22 January 2012

Sejauh 370km...What Tha Hell R U!!!!!!

Hurm pada hb 1 2012 aritu aku telah membuat satu rekod yang rasanya org lain x pernah buat kot...hahah ni adalah salah satu kerja gila aku...hehehe iaitu kerja gila balik dari penang ke KL dengan menaiki moto skooter aku yang si merah ni sejauh hampir 370km....hahaha cukup jauh...hurm korg ni bapok ke kalau x buat, kitorg dah buat dah, korg try la buat cam aku ni...hehehe...


hehehehe......BAPOK KE!!!!!!!!!!


YOOOO!!!!! aku jugak!!!


Maka apa lagi moh la TIME LINE pleasseee...

12.30 tgh hari
bertolak dari pusat permulaan ke stesen minyak untuk isi minyak (RM8.00)

1.10 tgh hari
naik ke jambatan pulau pinang sepanjang 13.5km, masa tuh hujan renyai telah timbul dan terpaksa berhenti di tepi jambatan untuk memakai telekung kuning yang hanya berharga rm3.00 sahaja...hehehe

1.20 tgh hari
berhenti di tol juru untuk merehatkan diri

1.25 tgh hari
sambung perjalanan sejauh mana yang boleh

2.00 ptg
berhenti di bukit gantang, makan tengah hari kat sana, masa tuh makan nasi campur ngn daging manakala kawan aku rizal plak makan nasi lomak...sebelum berjalan sempat beli pau daging

2.30 ptg
bersambung perjalanan dengan membuka telekung kuning kerana sudah koyak teruk.sambil atas moto sambil makan pau daging yang dibeli.

3.00 ptg
berhenti di sg perak, rehat kejap, masa tuh kawan aku dah x larat nak bawak moto, last2 aku yang sambung memandu dari situ, sambil tuh minum air botol yang ada.

3.15 ptg
naik dan turun bukit yang memisahkan kuala langsar dengan jelapang, ipoh, waktu tuh hujan renyai, redha jela kene redah gak kerana x boleh nak buat apa, xde protection. lalu la jalan sebelah kiri dengan lori yang cukup banyak.

3.40 ptg
sampai di perhentian simpang pulai, berhenti kat petronas kerana penat, sementara tuh makan jagung rebus yang panas dan sungguh sedap kerana mengurangkan rasa sejuk di jalanraya.isi minyak (rm7.00)

4.00 ptg 
sambung jalan lagi untuk lebih jauh, masa tuh rasa excited sgt2 sebab lagi 175km untuk sampai ke KL.

4.40 ptg
sampai di perhentian tapah, berhenti kejap, masa tuh sembahyang jamak zohor/ asar.

5.00 ptg
sambung perjalanan yang memang penuh cabaran, sambil tuh menjangka masa akan sampai pada pukul 7.00 malam.semuanya berjalan dengan lancar

6.00 ptg
berhenti di ladang bikam, tunggu kejap untuk hilangkan lelah dan penat yang berlaku

6.10 ptg
sambung perjalanan semula, semuanya mengikut jadual yang terbaik diuruskan oleh kami sendiri.


kalau dilihatkan apa yang berlaku di atas semuanya berjalan dengan baik dan lancar tanpa sebarang masalah, tetapi selepas ini akan berlaku satu tragedi yang memang x duga langsung..mari kita sambung lagi...


6.30 ptg
tiba2 waktu nak exit ke behrang, tayar moto bocor secara tiba2, waktu itu memang terkejut jugakla sebab x semena2 tayar bocor, telefon pihak PLUS untuk minta bantuan tetapi piahk mereka x dapat tolong kerana mereka tolong hanya kereta sahaja, cilanat punya pihak PLUS. last2 sorong moto sejauh 1.5 km.

6.50 ptg
sampai kat tol behrang, jumpa makcik dan pakcik yang kerja di tol tuh, mintak nombor tepon makanik, kol tapi x berangkat kerana waktu tuh hampir maghrib.

7.00 ptg
jalan kaki masuk ke jalan kampung, moto tinggal kat tol behrang

7.10 ptg
jumpa pakcik dan makcik jual buah, tanya mekanik mana yang ada, diorg kata ada tapi 2km jauhnya, terpaksa redha jalan kaki

7.30 ptg
jumpa balai polis behrang, tanya polis tuh tapi x guna sebab apa yang dicakap olehnya x membantu langsung, apa punya polis daa....

7.50 ptg
jalan kaki lagi lebih kurg 300 meter lagi, jumpa gerai kat satu jambatan ke sempadan selangor. semuanya orang kampung kat situ, jumpa satu makcik gerai yang suaminya ialah pernah bukak mekanik di hujung kampung, tapi jauh lagi lebih kurg 1.5km. makcik tuh suruh duduk kat gerai tuh.

8.30 mlm
anak makcik sampai kat gerai tuh, dia jugak mekanik motor. bawak kawan aku rizal ke moto kat tol behrang untuk bukak tayar. aku tunggu kat gerai tuh.

8.50 mlm
abg tuh bawak tayar, aku naik moto dengan dia, rizal tunggu kat motor aku sebab barang2 besi bersepah, aku naik dengan membawa tayar bocor itu.

9.15 mlm
jumpa mekanik suami akak gerai tuh, terpaksa masukkan tiub sebab tayar dah teruk botaknya. kene rm17.00.

9.40 mlm
pergi ke moto aku iaitu kat tol behrang, masukkan tayar balik kr motor, bagila upah rm20.

10.00 mlm
berjaya jugak untuk bertolak dari tol behrang hingga la sejauh mana yang boleh.

10.20 mlm
masalah berlaku lagi, minyak nak habis, berhenti di perhentian ulu bernam tetapi hampa stesen minyak x dibuka lagi, teruskan perjalanan walaupun dah takuk merah.

10.30 mlm
keluar simpang bukit tagar, jumpa aci tol tuh tapi dia kata kat exit tuh xde stesen minyak, kene kedepan lagi ke exit batang berjuntai

10.45 mlm
sampai di batang berjuntai, akhirnya jumpa gak stesen minyak esso, isi denga harga rm8.00 full bapak punya, sampai melimpah, bersyukur sangat2 pada ALLAH kerana memberi kesenangan.

11.00 mlm
sambung perjalanan, masa tuh lampu break belakang dengan sebelah depan satu mentol telah terbakar, terpaksa redah gak sampai ke KL.

11.50 mlm
ALHAMDULILLAH akhirnya sampai ke jalan Duta KL, dengan harapan dan semangat sambung gak ke lebuhraya DUKE.

12.20 mlm
sampai kat rumah kawan aku rizal di ampang. ucapan terima kasih dilontarkan

12.30 mlm
bertolak ke rumah aku dengan penuh kepenatan, hujan renyai lagi....huhuhu sejukkk..

1.00 pagi
akhirnya!!!!!!!!!!!!!!!!!! sampai jugak ke rumah aku, walaupun penat tapi rasa seronok sangat dengan pelbagai pengalaman yang xkan dapat aku lupakan....

TAMMAT!!!!!


huh penat betul aku menaip ni, hehehe panjnag betul la dia punya kisah ni, hurm memang penuh dugaan betul waktu2 mcm ni, korg nak cubalah mcm kitorg, bila pk kan balik memang best, apa lagi waktu esok pagi tuh sakit pinggang la jawabnya...huiiii tapi berbaloi sungguh dengan pengalaman yang kitorg ada, hurm apa lagi korg cuba la, x rugi kalau cuba....

hurm ok la sampai kat sini jela citer aku, nanti sambung lagi ek.....

BUBYE!!!!!


p/s : sepanjang perjalanan tuh aku ucapkan syukur kerana dapat lihat kebesaran ALLAH dengan keindahan lanskap alam yang cukup cantik.....





No comments:

Post a Comment