Monday, 16 January 2012

Segmen Warong Kome (Medan Selera Roadwalk)

Hi Assalamualaikum dan salam salam pakcik nak ucapkan kepada semua yang terlibatkan diri mahupun yang x terlibatkan diri...hurm apa kabar semua nya...harap2 semuanya sihat2 belaka ek macam kawan pakcik kat bawah ni....

hehehe uhuk uhuk pakcik memang sentiasa sihat...uhuk uhuk (batuk gatai)


hehehe hari ni pakcik nak citerkan balik segmen apa!!!!!!!!!!!!!!!!!!! yaaaa apa lagi semestinya segmen Warong Kome...hurm hari ni apa yang saya nak bg tau tentang yang hak dan yang batil ek (mula la mengarut tuh) hehehe....ok la apa lagi kita jalankan proses perbincangan kita pada kali ni...hurm kali ni kita nun jauh skit ke pulau pinang pulau mutiara (ada mutiara ke..hahaha shit) di mana mempunyai gerai2 dan makanan yang sedap2 dan amat berkhasiat sekali....contohnya macam gerai yang kat bawah ni....huiii femes...tapi eeee....


ha kedai ni memang sedap tapi kalau korg nak tau sedar x sedar punyalah banyak tikus dan binatang yang seangkatan dengannya melintas...hahaha skarang dh tutup aku x tau pasal apa...(pk sendirila beb)


huem ok la kali ni aku nak mempersembahkan medan selera yang agak femes gakla kat penang ni....ok jommm...kasilah facta skit baiii...


Facta Facti medan selera roadwalk

- bersebelahan dengan pasar pagi roadwalk dan juga stadium pulau pinang
- macam2 ada, roti canai ada, roti bakar ada, roti bangsat ada...ehhh silap...roti sardin ada...dan segala jenis nasi lemak yang berlemak tuh la..
- membuka selera kepada sesiapa yang menyantapnya kerana anda akan dicampurkan makanan anda dengan bunyi hon, asap kenderaan dan juga pasir jalan....hehehe..
- sesuai gerai ni untuk mereka yang nak bergosip, mengumpat dan juga bergaduh mulut...


cibuk jek mamat ni nak pic2 plak...


memang bersebelahan dengan pasar pagi


ha ni gerai jual air dan juga nasi lomak...


tengok tuh!!! budak pun nak mengumpat ngn org tua...apa daa


cam biasalah teh ais ngn milo ais...


nasi lomak, harganya rm1.50 jek...murah sgt la tuh...


ai sempat plak tunjuk nasi lomak dia tuh...


AOOUUUMMM!!!! AOOOUMMMM!!!!


aku plak pilihlah kdai jual roti canai yang tercanai-canai tuh....


haaa ni la dia roti canai dan roti sardin aku.....


meh kita koyak-koyakkan dia...hahahahah....


AUUUMMM!!!! AUUMMM!!!!!!


dicicah pulak dengan kari daging yang sungggguuuuhhhh MENYELERAKAN!!!!


hahahah mcm mana dengan cerciter pakcik ni...heheh best x, rasanya TABESH kot.....hehehe ok la sampai kat sini jela,jadi apa yang boleh nak katakan cubalah makan di sini pasti akan puas hati!!!!!! ok bye2...


p/s : makanlah makanan yang halal lagi baik....insya ALLAH....

Monday, 9 January 2012

Al Fatihah (Pn Zizalina)

Hijjaz ( kau sahabat kau teman )

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa

( korus )
Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

( korus ) Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Ku sahabatku kau teman sejati


Assalamualaikum warahmatullah kepada semua pembaca sekalian, Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat ALLAH kerana kita masih lagi berada di sini untuk bersama2 dengan pakcik, hari ni pakcik nak jadi baik kerana pagi tadi pakcik telah menerima satu sms mengatakan bahawa Cikgu pakcik semasa sekolah menengah dahulu iaitu Cikgu Zizalina, dia pernah mengajar pakcik waktu pakcik form 5 dalam matapelajaran sejarah, bagi pakcik kan, dia seorang yang baik dan cara dia cakap lemah lembut jek, serius pakcik cakap dia tak pernah marah kitorang waktu di sekolah kalau kitorg x siap kerja sekolah ataupun sampai x buat kerja pun...dia memang seorang guru yang penyabar.

Pakcik juga dapat tahu bila pakcik dah habis sekolah, pakcik dengar citer cikgu pakcik tuh tetiba dah berhenti dari sekolah tapi x sure la cikgu pakcik tuh gaji dia masih berjalan atau pun x.

Sesudah itu sehingga ke hari ini tanggal 9hb Januari 2012, cikgu pakcik akhirnya ke rahmatullah kerana derita penyakit kanser rahim....

oleh itu kawan2 pakcik sekalian, marilah kita sedekahkan Al Fatihah kepada almarhumah semoga mereka ditempatkan ke dalam org2 yang beriman...amin.....


AL FATIHAH (puan adura bersama-sama dengan almarhumah puan zizalina)


p/s : ingat pesan pakcik, yang pergi tuh tetap pergi, yang hidup ni mesti terus menjalankan kehidupan...


Sunday, 8 January 2012

Messy To Clean Up Babe...

Hoi hai dan salam sejahtera kepada semua sekalian, hehehe....pakcik hari ni xtaula nk watpe...agak serabut gak kepala ni dengan macam2 ragam manusia....ok la kali ni dah lama benar benda ni x di post dan simpan ke dalam draft ni...akhirnya pakcik dah bersedia dah untuk menunjukkan tempat study pakcik yang amat kemas dan lebih cantik ini...baik la masa pakcik masuk ke dalam tempat belajar ni pakcik kene naik 1 tingkat lagi iaitu dari tingkat 2 ke tingkat 3...huiiiii punyalah banyak barang sampai x menang tangan, dahla barang semua x kemas habis waktu cuti hari tuh, terpaksa la gak g punggah baik barang2 kat bilik lama untuk naik ke paras yang lebih tinggi....adoooiii punyalah macam nak patah pinggang pakcik ni mengangkatnya...dahla pakcik sampai sini pun pukul 4.30 pagi lepas tuh tidur pun takat 3 jam jek dah kene kemas habis habisan.

hurm naik semua barang2 hampir kira2 nak dekat 12 trip gakla..dengan x cukup tido lagi terpaksalah gigih kan diri untuk kemas hari tu gak sebab dah mula kuliah pada hari esok tuh...akhirnya dengan tawakkal dan jati diri yang amat tinggi akhirnya Yesssssss.....dapat gak pakcik menyiapkannya dengan baik....ok apa lagi...


Ini Lah Hasilnya!!!!


hahaha dengan barang yang telah disusun rapi, siap ada angry bird ngn patrick lagi...KORG ADA KE???


ni ialah stok makanan yang telah disediakan oleh.....siapa ek??


 ahha ni bahagian rumate aku...ha korg tgk la puas2 ek....


Dalam sejarah gakla pertama kali pakcik dengan bangganya menunjukkan meja study pakcik yang amat cantik dan tersusun....hehehe meja rumate pakcik pun tersusun gak, tgkla punya la rajin dia susun fail tuh...bajet rajinla atekan....hehehe

hurm malam tuh pulak pakcik dapat la gak jadual waktu masuk kuliah ooohhh my shittt... banyaknya waktu kene masuk, dah la isnin ngn kamis balik kul 4.30ptg pastu straight plak tuh...adeeehhh rasa letih dan huhu tapi xpela pakcik kene terima gakla cabaran untuk sem 5 pada kali ini...hurm apa2 pun pakcik bersyukur ngn apa yang ada...insya ALLAH...

hurm apa yang pakcik harapkan supaya pihak pentadbiran jangan la suh kami ni memikul beban yang berat ngn memindahkan barang2 ni sume, dah x larat dah pakcik nk punggah lagi...huhuu ok la sampai kat sini jela pakcik boleh citerkan,nanti pakcik akan citerkan lagi ek dengan paparan yang lebih menarik...

bye bye sume!!!!!!