Saturday 28 April 2012

Jalan Mana Nak Ko Pilih??

hai hai hai salam sejahtera saya ucapkan kepada semua ek, kecuali yang alien2 tuh sila jauh dari sini. baik la kali ni aku nak bincang skitla pasal hal-hal duniawi mahupun ukhrawi ni, korg tau ke ukhrawi maksud dia apa??? ye BETUL SKALI maknanya ialah AKHIRAT. sebenarnya perbincangan aku pada kali ni ialah berkenaan dengan kehidupan kita dengan manusia, ada x kita tertanya-tanya dalam diri, jalan mana yang aku nak pilih bila aku mati nanti, tentu x semua yang lakukan sebegitu kan??

sebenarnya memang susah nak wat keputusan lebih2 lagi pada zaman moden ni, semuanya banyak dugaan yang menimpa, tapi terpulanglah kepada diri kita bagaimana nak mengawalnya, bak kata aku sendiri la nafsu itu sentiasa ikut kemana-mana jek kita nak g, sama ada baik ataupun tidak.

macam2 ceramah yang aku pergi tengok tentang hidup sesudah mati, apa yang ada di dalam kubur, malam pertama di alam kubur dan macam2 lagi. x ceramah pun buku, mula2 insafla, tapi kejap jek, pastu buat baik perangai lama tuh. itulah lumrah manusia bila nafsu menguasai hati, semuanya dihancurkan oleh dia. kita jadikan nafsu ini di atas berbanding dengan akal, akal x dpat nak berfikir dengan baik apabila nafsu menguasai akal.








oleh itu, banyak cara dan banyak jalan penyelesaian yang boleh kita lakukan, contohnya muhasabah diri. benda ni penting untuk kita tau, sekurang-kurangnya sekali sehari. kerana muhasabah diri ni penting untuk menilai kekuatan dan kelemahan diri kita. kita sibuk mengadu dengan ALLAH tentang kelemahan kita tapi kita x pernah berusaha untuk merubah ke arah kejayaan kita.

yang kedua ialah sentiasa merujuk kepada yang pakar, benda ni kita jangan malu2 untuk rujuk kepada pakar kerana pakar akan sentiasa tunjuk jalan penyelesaiannya kerana mereka lebih profesional,contoh pakar ialah pakar kaunseling ataupun penasihat yang dilantik. jadi jika mereka-mereka ni membocorkan rahsia korg, korg ada kuasa untuk menyaman mereka.

yang ketiga dengan org yang paling rapat dengan kita, kalau boleh orang itu adalah dari kaum sejenis dengan kita kerana mereka lebih faham masalah kita selian dari mereka yang lebih suka mengadu atau luahkan perasaan kepada kaum lain jenis ni. kerana mereka masih belum pro bab2 ni dan juga x paham situasi kita yang sebenarnya...

so korg pilihla mana2 yang korg nak, ataupun yang sesuai dengan citarasa korg...



 

JADI KORG PILIH LA JALAN MANA YANG KORG NAK PERGI...


banyak kali aku beri pepatah ni, masalah sentiasa akan mengejar kita walau kita lari sejauh mana sekalipun selagi kita x tutup mata...oleh itu kesimpulannya ialah, korg harus tau menilai diri bagaimana dan cara untuk menyelesaikan masalah, dengan itu sekian terima kasih....


No comments:

Post a Comment