Monday 23 April 2012

bErLaWaK bErSaMa UsTaz AbDuLlAh KhAiRi


Assalamualaikum dan selamat sejahtera aku ucapkan kepada semua yang berkenaan...uhum uhum, hari ni aku nak jadi alim skitla ek untuk menceritakan satu kisah yang paling menakjubkan, ok tadi adalah aku g satu ceramah ni tentang hari kiamat yang diberikan oleh Ustaz Abdullah Khairi yang berlansung di dewan kuliah utama, kat kalau tgk org yang datang memang ramai sebab diorg dah tau dah cara penyampaian dan lawak jenaka yang diberikan oleh ustaz ni...hehehe ok la aku bagi skit biodata pasal dia


NAMA USTAZ ABDULLAH KHAIRI BIN HAJI HAROON

UMUR X TAU (HAHAHA)

BEKAS PELAJAR DPLI (MATEMATIK) DI IPG KPP PADA TAHUN 1993

DULU BERTUGAS DI SMK DATO' ONN (1989)

KINI DI SK DI DAERAH PENAGA, KEPALA BATAS.(AKAN PINDAH DI TERENGGANU)

SUKA MAIN SLIDE BILA BERCERAMAH

ADA 6 ORG ANAK (5 PEREMPUAN DAN 1 LELAKI)


masa ceramah nak mula tuh aku memang gila2 excited gakla nak tunggu dia stat sbb ni dah kali ke 3 dia datang ke IPG ni, bila waktu dia sedang ceramah ada perkara pelik berlaku iaitu mengapa dia ceramah x gunakan slide dan mengapa dia ceramah lari dari tajuk sebenar...hoho memang pelik.

akhirnya masa nak di akhir ceramah tuh dia pun memberitahu semua persoalan aku iaitu dia x dapat bawak laptop ke sini sebab dia dari Alor Setar terus berkejar ke IPG. dan tajuk ini memang sepatutnya diceramahkan tetapi terpaksa ditukarkan kepada tajuk 'baiki diri sendiri sebelum baiki orang lain' kerana slide dan video yang sepatutnya banyak ditunjukkan semuanya tergendala.









Secara keseluruhannya aku sendiri pun agak terkilan la ngan ceramah ni kerana apa yang aku harapkan tuh xde tapi aku tetap x kecewa sebab memang ceramah dia best dan dia pandai pusing citer kalau waktu last2 minute ni. huh kalau aku memang x reti wat mcm tuh, tapi dia ni pandai, ada jek yang nak bercerita...hehehe ok antara input2 yang ada pada ceramah dia sebentar tadi ialah berkenaan dengan ubah diri sendiri boleh ubah mak kita, ayah kita, sahabat kita, kawan kita, anak-anak kita, isteri kita dan masyarakat kita hanya dengan menggunakan psikologi dan juga lisan menggunakan lidah. huiii aku dengar memang pandai betul cara dia buat...

Di akhir ceramah ada juga ditekankan bahawa sebagai seorang guru tahap kesabaran kita haruslah tinggi dan jangan mudah dan awal-awal lagi buat kesimpulan.

dengan itu aku memberi satu refleksi iaitu walaupun dia x dapat beri ceramah tentang hari kiamat tetapi dia tidak mengecewakan aku sebab dia pandai beri ceramah yang lain yang amat berguna dan banyak ilmu pengetahuan pasal hal-hal dan isu-isu begini...heheh tahniah ustaz abdullah khairi....




jadi sebelum aku kuar dari dewan tadi dia ada menyatakan bahawa dia ada menjual buku ruqiyah yang boleh mengubati penyakit orang yang terkena buatan orang seperti santau dan juga histeria, buku ni dia suh hafal, jika dah dapat hafal semuanya dia suh tepon dan terus buat ijazah ruqiyah dan bila dah ada ijazah baru boleh ubat orang sakit misteri...dan ia juga boleh dijadikan pendinding kepada diri kita...huiii mcm best jek, aku pun belila. harga dia bukannya mahal pun cuma sengget jek..hah!!!! sengget!!! ye segget jek boleh dapat macam2 kat dalam ni, beruntung aku dapat sebab ramai yang memang berebut nak beli buku ni kat luar dewan tadi

so aku nak ucapkan terima kasih la kat ustaz kerana sudi datang ke IPG untuk beri ceramah ni...ok la sampai kat sini dulu jelas aku post ek...bai bai....


p/s : aku nak bantai oblong daging aku ni sambil tgk citer sin chan (dah kul 1.30 pagi dah pun ye)

3 comments:

  1. TERIMAKASIH .. SAYA PON SUKA USTAZ KHIRI BG CERAMAH ..MAKAN DALAM .. TERUS JD BAIK ..ALHAMDULILLAH

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum nak tanya..ada tak no tel ustaz Abdullah khairi ni..

    ReplyDelete
  3. bagaimana nak jemput dia ya

    ReplyDelete